Dimulakan dengan Bismillah ( macam dalam lagu raihan tue ) ;D
Assalamualaikum ....
Oke tak intro kali nie . hehe ... ada perubahan sedikit . sekali - sekala kita mesti kena wat perubahan kan . Rasanya kali nie nak cter pasal perubahan or CHANGES . bagi word omputih sikit hehe ... setiap manusia boleh berubah . kita akan mengalami perubahan sama ada kita sedar atau tidak . perubahan kita tue boleh jadi ke arah kebaikan mahupun keburukan . diharap kita semua berubah kearah kebaikan . Insyaallah .
Kita jangan la menghukum seseorang itu kerana masa silam mereka . mungkin ketika itu mereka kekurangan ilmu menyebabkan mereka begitu mudah melakukan kesilapan . kita sebagai manusia hendaklah menerima seseorang itu seadanya . kita hanyalah insan biasa yang tidak berhak dalam menghukum seseorang . biarla ALLAH sahaja yang menghukum . hanya ALLAH sahaja yang layak menghukum mereka yang bersalah . kita bagila peluang kepada seseorang yang ingin berubah ke arah kebaikan . terima la mereka dengan hati terbuka . mereka berhak diberi peluang kedua .
Samala seperti kita bila melakukan kesilapan kita mengharapkan kemaafan dari pihak satu lagi . kita mengharapkan rakan-rakan kita atau keluarga mahupun masyarakat menerima dan memaafkan kesilapan kita . mungkin ketika itu kita tidak dapat memikirkan keburukan ataupun natijah daripada perbuatan kita . sebagaimana kita mengharapkan orang laen menerima kita begitulah juga pengharapan mereka yang sudah silap perhitungan dan percaturan dalam kehidupan . terimala mereka seadanya . janganla menghukum mereka .

Jika kita berada di pihak yang salah kita kenala mencari inisiatif untuk berubah .ingat la dosa dan pahala . syurga dan neraka . jangan la terus bergelumang dengan kesalahan itu . mohonla keampunan padanya . Insyaalllah akan diampunkan .
Manusia tidak sempurna . Janganlah menghukum seseorang kerana masa silamnya . Sekian Wassalam .
p/s : saya juga tidak terlepas dalam silap percaturan dalam hidup

Tiada ulasan:
Catat Ulasan