Khamis, 23 Februari 2012

Bila Kemalasan Melanda Diri ~

KEMANAKAH SEMANGATKU ~


Seriusly xd semangat nak wat pape malam nie . Malas Malas & Malas . Kenapa ada sifat malas ea ? Perlu cari tips macam manew nak kikis sifat malas dalam diri nie . Huish ~ . Haaaaaaaah da jumpa da ... 1, 2, 3,  GO ...




1. DOA untuk hilangkan sifat malas .




Allahumma inni a'uudzubika minal hammi wal hazan.
Ya Allah ya Tuhan kami, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada keluh kesah dan dukacita.

Wa a'uudzubika minal 'ajzi wal kasal. 
Dan aku berlindung kepada-Mu dari lemah kemahuan dan malas.

Wa a'uudzubika minal jubni wal bukhl. 
Dan aku berlindung kepada-Mu daripada sifat penakut dan kedekut.

Wa a'uudzubika minal ghalabatiddaini wa qohrirrijaal. 
Dan aku berlindung kepada-Mu daripada tekanan hutang dan kezaliman manusia.






2. PETUA DARI PAKAR MOTIVASI

  • Ambil Wudhuk




Wudhuk atau air sembahyang didapati antara cara berkesan untuk menghilangkan rasa malas . Kajian juga menunjukkan orang yang selalu lekat air sembahyang akan lebih sihat serta gembira iaitu menggambarkan kesimbangan psikologi (psychological balance) dan juga biologi . Namun dalam keadaan dunia hari ni yang begitu bebas sosialnya serta makanan yang pelbagai resipe adalah sukar untuk kita menjaga air sembahyang ni. Tapi ianya tidak mustahil.

  • Muzik dan bunyian
Sejauh mana ianya dapat membantu terpulang kepada kita sendiri untuk melihat kesannya . Ada yang terleka dengan muzik dan bunyian ini bukannya membantu mengatasi malas tetapi jadi lagi malas . Jadi bergantung kepada kita jenis muzik apew yang kita minat . Selamat mencuba :)

  • Solat


Kita kenalah ajar benda ni . Asal malas je terus ambil wudhuk dan solat . Asal ada masalah je terus ambil wuhuk dan solat . Lepas tu baru fikir what to do next . InsyaAllah, dengan mengadu dan memohon dari Allah maka petunjuk akan datang . Rasa malas atau apa sahaja masalah dapat diselesaikan . Untuk membolehkan kita solat dan tidak malas . 

  •  Pastikan anda dikelilingi orang yang positif
Bila anda dikelilingi orang yang positif, orang yang suka solat dan sebagainya maka anda juga pasti akan jadi positif dan seperti mereka juga. Bila anda jauh dari orang2 yang begini maka jiwa anda akan jadi kosong dari roh hidayah dan kekuatan spiritual yang genuine. Sebab itulah anda jadi malas nak belajar, nak kerja dan malas nak buat apa saje benda baik. Perhatikan... benda tak baik rajin pulak nak buat .. kerana apa? Kerana anda jauh dari kebaikan. So... bentuklah satu persekitaran agar anda sentiasa dekat dengan orang2 yang positif seperti orang yg cintakan ilmu, orang yang cakap benda elok2 (lidah mereka bukannya selalu mencarut), orang yang jaga solat, orang yang baik dengan parents .


Oke ... Da dapat tips nye . Kena praktikkan . Selamat mencuba . Insyaallah same-same kita berubah ke arah kebaikan ;) Amin .... 

Bye-bye uolls ^^




Khamis, 16 Februari 2012

Coretan di Akhir Cuti Sem ~

Salam Jumaat semua ~
Da lama tak tengok blog niew . Hurmmm ... Baru je dapat result hari isnin lepas . Alhamdulillah . Result oke . Even xmencapai target insyaallah akan berusaha for the next sem . Sebut pasal next sem , esok da balek hostel . Huhu . Semoga sem2 nie meninggalkan banyak kenangan manis . Insyaallah Amin .. Da siap packing sikit2 . Jap g nak sambung kemas . Sedih la plak nak tinggalkan umah . Huhu . 



Oke la sampai disini dulu . Bye-bye u olls . ^^

Ahad, 12 Februari 2012

Peristiwa di Hujung Minggu ~

Assamaualaikum 


Hari lambat ckit update blog . Busy ckit . Ahaks !~ Pagi tadi ada sambutan maulidur rasul di surau berhampiran rumah . Pagi-pagi da bangun coz nak join perarakan . Best gak berarak nie , selain dapat pahala sebab berselawat ke atas junjungan nabi MUHAMAD dapat gak berjogging . Turun kan ckit berat badan . Haha . Maklumla sekarang ni da makin tembam . Ahaks !~ 





Tahun nie tema biru ! :)




Saya dan mak saya ! luv u mom :)  





Lepas berarak semua tetamu dijemput jamu selera . Rindu nak makan nasi maulidur rasul . Haha . Akhirnya dapat gak . Yum yum . Sedap . Kenyang sangat . Hehe . Lepas makan g dengar ceramah . Ustaz tue best sangat . Macam - macam yang dia kongsi bersama . Ustaz nie pandai tarik perhatian penonton untuk mendengar ceramah dia . Cool la ustaz tue . Best sangat . Tetiba rase nak cari ustaz sebagai pasangan hidup . Haha . Angan2 tinggi melangit . 

Petang after zohor , dalam pukul 3 kuar g jalan-jalan nagn mak . Then petang  g umah cikgu kesayangan . CIKGU ENDOK . Dah lama xjumpa dia . Rindu sesangat . Hehe .


Malam nie last tgk cter  BFF . Cter tue best . Suka tengok cter tue . Sedih lak . ;(  Actually malam nie ada satu perkara yang bakal berlaku tepat jam 12 malam . Huhu . Seram . Moga-moga semua baik dan saya berjaya . Amin . 


Oke la sampai cni dlu . Bye-bye . :)

Jumaat, 10 Februari 2012

Pengalaman Mengajarku~

Olla semua !
Sekarag nie tengah layan KUCH-KUCH HO TA HAI . Petang-petang layan cter hindustan oke gak . hehe . 
Hari nie kene masak coz my mom xd rumah . Sebenarnya xtau sangat masak . Masak yang simple-simple bleh la . Xpe la sesekali berbakti kepada ibubapa kan . Ahaks !~  : D Ni la sajian tengah hari tadi . 




Haha apa la rupa ikan nie . Hancur . Hehe . 




Sayur Kobis . :)



                           Tempe Goreng . Hangus suda . Haha . 
                           Api besar time tue . Haha . 
                           Lepas nie xkn berlaku lagi . Hehe .




                                 Kentang . Yum Yum . ;)



Haa . Itu la sajian tengah hari kami sekeluarga . Alhamdulillah . Atas rezeki yang ALLAH beri . 
Pengalaman mengajarku . :) Moga-Moga dapat memperbaikinya skill di masa akan datang . Hehe .
Oke sampai sini dulu . Just SHARE MOMENT and SHARE HAPPINESS :)























Khamis, 9 Februari 2012

Cuti Sem Satu :)

Salam jumaat wat semua ... Moga-moga kita berada dalam rahmatnya ... Amin ... 


Pejam celik pejam celik da nak abis cuti sem . Tinggal 1 week j lagi . huhu . Seronok cuti nie . First week cuti sibuk ngan kawan baikku Nurul Sakina Binti Mohd Nizam . Maklumla orang da nak kawen . Tolong dia wat persiapan kawen sambil tu hang out . haha . Rindu time belajar dlu . Sobsobsob ;( . Oke jangan emo sangat ^^ . Tak sangka ada gak kepakaran dalam mengubah hantaran . Hikhikhik :) . Masa majlis tue best sangat . Keyna nampak lawa .





 Masa majlis tue pon dapat jumpa ramai sangat kawan . Sekian lama xjumpa dengan Ismah Imani akhirnya dapat jugak jumpa before dia terbang ke Jepun untuk study .



 Kitaorg tangkap banyak gambar sebagai kenangan .















Entah bila la dapat jumpa lagi . Miss u olls . hehe .  

35 Petua Pelajar Cemerlang by Dr Fadzilah Kamsah ~

Berikut merupakan petua-petua dan ciri-ciri yang ada pada pelajar cemerlang, dari Dr Fadzilah Kamsah. Pelajar cemerlang akan:
  1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
  2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
    • kita ingat 10% apa yang dibaca
    • kita ingat 20% apa yang didengar
    • kita ingat 50% apa yang didengar & dilihat
    • kita ingat 70% apa yang dicakapkan
    • kita ingat 90% setelah dipraktikkan
  3. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
  4. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).

  5. Belajar dalam persekitaran kondusif.                                      
    • pastikan cahaya adalah terang
    • kurangkan gangguan bunyi
    • tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
    • tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
    • kerusi dan meja menghadap kiblat
    • jangan lupa untuk senyum
  6. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.
  7. Mengulang kaji menggunakan kaedah 'output learning' iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.
  8. Tahu teknik merangsang memori:
    • memasukkan maklumat dalam memori (registration)
    • menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
    • mengingat kembali (recall)
    • menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)
  9. Sentiasa awal dan mendahului:
    • persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
    • pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
    • belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
    • untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.
  10. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.
  11. Mempunyai teknik membaca yang betul:
    • duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
    • memberikan tumpuan sepanuhnya
    • menggunakan jari telunjuk untuk membaca
    • menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan
  12. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.
  13. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.
  14. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.
  15. Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.
  16. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.
  17. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).
  18. Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.
  19. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.
  20. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.
  21. Mengulang kaji apabila mulai terlupa.
  22. Tahu petua mengulang kaji:
    • cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
    • siapkan semua 'bekalan' dengan sempurna
    • duduk tegak dikerusi yang selesa
    • baca doa penerang hati
    • baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
    • fikir dan ingat kembali isi utama
    • catat/lakar
    • semak semula ketepatan maklumat
    • ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
    • buat rumusan
    • jawab soalan
    • tampal maklumat yang rumit di dinding
    • baca doa tanda kesyukuran selepas belajar
  23. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.
  24. Tahu petua-petua agar tidak lupa:
    • jangan makan kepala ikan
    • jangan makan organ dalaman
    • jangan minum semasa makan
    • jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
    • jangan melihat kemaluan
    • banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
    • banyakkan makan kismis, kurma dan madu
    • banyakkan makan kekacang
    • pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
    • jangan makan sehingga terlalu kenyang
    • jangan kencing berdiri
  25. Tahu kemahiran mengingat:
    • tampal nota-nota penting di dinding
    • tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
    • gunakan kaedah akronim
    • reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
    • pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil
  26. Cekap mengatur jadual belajar:
    • mempunyai jadual belajar
    • patuh kepada jadual
    • buat jadual yang boleh diikuti
  27. Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.
  28. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.
  29. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.
  30. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.
  31. Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).
  32. Pelbagaikan tempat belajar.
  33. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
  34. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.
  35. Ciri-ciri pelajar cemerlang:
    • taat kepada Allah
    • mendirikan sembahyang
    • menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
    • hormati & sayangi guru
    • bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
    • suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
    • membantu rakan yang memerlukan
    • berdoa dan bersyukur kepada Allah
    • sentiasa bertawakal
    • mahir dalam setiap mata pelajaran

edit oh edit

Assalamualaikum ...


Hari nie sibuk edit blog ... percubaan pertama :) 

Rabu, 8 Februari 2012

AS A NEW BLOGGER ~

First time tulis blog ... teruja sangat ... firstly , harap-harap sangat dapat cari member baru .... hari nie xd cter yang best sangat nak kongsi ... mengharapkan esok menjadi lebih baik dari hari nie ... oke sampai cni dlu ... lurve u olls ... "share moment share feel"