Khamis, 23 Februari 2012

Bila Kemalasan Melanda Diri ~

KEMANAKAH SEMANGATKU ~


Seriusly xd semangat nak wat pape malam nie . Malas Malas & Malas . Kenapa ada sifat malas ea ? Perlu cari tips macam manew nak kikis sifat malas dalam diri nie . Huish ~ . Haaaaaaaah da jumpa da ... 1, 2, 3,  GO ...




1. DOA untuk hilangkan sifat malas .




Allahumma inni a'uudzubika minal hammi wal hazan.
Ya Allah ya Tuhan kami, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada keluh kesah dan dukacita.

Wa a'uudzubika minal 'ajzi wal kasal. 
Dan aku berlindung kepada-Mu dari lemah kemahuan dan malas.

Wa a'uudzubika minal jubni wal bukhl. 
Dan aku berlindung kepada-Mu daripada sifat penakut dan kedekut.

Wa a'uudzubika minal ghalabatiddaini wa qohrirrijaal. 
Dan aku berlindung kepada-Mu daripada tekanan hutang dan kezaliman manusia.






2. PETUA DARI PAKAR MOTIVASI

  • Ambil Wudhuk




Wudhuk atau air sembahyang didapati antara cara berkesan untuk menghilangkan rasa malas . Kajian juga menunjukkan orang yang selalu lekat air sembahyang akan lebih sihat serta gembira iaitu menggambarkan kesimbangan psikologi (psychological balance) dan juga biologi . Namun dalam keadaan dunia hari ni yang begitu bebas sosialnya serta makanan yang pelbagai resipe adalah sukar untuk kita menjaga air sembahyang ni. Tapi ianya tidak mustahil.

  • Muzik dan bunyian
Sejauh mana ianya dapat membantu terpulang kepada kita sendiri untuk melihat kesannya . Ada yang terleka dengan muzik dan bunyian ini bukannya membantu mengatasi malas tetapi jadi lagi malas . Jadi bergantung kepada kita jenis muzik apew yang kita minat . Selamat mencuba :)

  • Solat


Kita kenalah ajar benda ni . Asal malas je terus ambil wudhuk dan solat . Asal ada masalah je terus ambil wuhuk dan solat . Lepas tu baru fikir what to do next . InsyaAllah, dengan mengadu dan memohon dari Allah maka petunjuk akan datang . Rasa malas atau apa sahaja masalah dapat diselesaikan . Untuk membolehkan kita solat dan tidak malas . 

  •  Pastikan anda dikelilingi orang yang positif
Bila anda dikelilingi orang yang positif, orang yang suka solat dan sebagainya maka anda juga pasti akan jadi positif dan seperti mereka juga. Bila anda jauh dari orang2 yang begini maka jiwa anda akan jadi kosong dari roh hidayah dan kekuatan spiritual yang genuine. Sebab itulah anda jadi malas nak belajar, nak kerja dan malas nak buat apa saje benda baik. Perhatikan... benda tak baik rajin pulak nak buat .. kerana apa? Kerana anda jauh dari kebaikan. So... bentuklah satu persekitaran agar anda sentiasa dekat dengan orang2 yang positif seperti orang yg cintakan ilmu, orang yang cakap benda elok2 (lidah mereka bukannya selalu mencarut), orang yang jaga solat, orang yang baik dengan parents .


Oke ... Da dapat tips nye . Kena praktikkan . Selamat mencuba . Insyaallah same-same kita berubah ke arah kebaikan ;) Amin .... 

Bye-bye uolls ^^




Tiada ulasan:

Catat Ulasan